gambar diatas adalah gambar kawasan perkuburan terbesar di muar yang terletak dikawasan bakri.
dikawasan ini lah mula mula aku terhidu bauan kasturi.
ceritanya bertulis begini. perkerjaan aku ialah pemandu lori. kisah ini berlaku 3 tahun yang lepas apabila aku dalam perjalanan pulang selepas isi barang di johor pada pukul 10 malam. selepas aku sampai di sedenak aku berhenti makan sekejap, adalah lebih kurang 1 jam. jarak dari j.b nak ke sedenak dengan menaiki lori adalah 45 minit. pada pukul 2345 malam aku pun bertolaklah untuk meneruskan perjalanan aku nak ke penang setibanya aku di kawasan bakri terdapat banyak kawasan perkuburan bermula dengan kawasan perkuburan cina, kristian dan akhir sekali islam. kalau korang pertama kali lalu dikawasan ni conform korang pecut sampai tak ingat dunia nyer. tapi kawasan ni ada selekoh merbahaya orang yang biasa lalu jer yang berani. setiba nya aku dikawasan itu aku teringat pesan atuk dan tok wan aku dan ada ceramah ugama yang aku dengar mengatakan kena beri salam pada ahli kubur. aku pun beri salam, selepas jer aku beri salam tak sampai 5 saat aku terhidu sejenis bauan yang sangat wangi yang memikat kalbu. bau nya tidak lah terlampau garang mahupun lembut. selepas aku terhidu bauan itu baru aku teringat aku sedang melalui kawasan perkuburan lantas meremang la bulu roma aku. aku tekan minyak sampai tak ingat dunia.
selapas jauh aku bergerak baru aku teringat bauan yang aku hidu sebentar tadi bauan apa. jadi aku jumpa ramai orang dan mula bertanya, berbagai jawapan yang aku terima. ada yang kata kapur barus la dan berbagai lagi. sehingga la hari ini sudah 3 tahun berlalu, lalu aku menjumpainya di pasar pagi di berhampiran rumah aku. aku terkejut apabila ada seorang penjual mencalitkan sedikit di tangan aku. rupa rupanya haruman yang aku terhidu 3 tahun dahulu adalah haruan kasturi.