expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 7, 2010

bauan kasturi


gambar diatas adalah gambar kawasan perkuburan terbesar di muar yang terletak dikawasan bakri.
dikawasan ini lah mula mula aku terhidu bauan kasturi.
ceritanya bertulis begini. perkerjaan aku ialah pemandu lori. kisah ini berlaku 3 tahun yang lepas apabila aku dalam perjalanan pulang selepas isi barang di johor pada pukul 10 malam. selepas aku sampai di sedenak aku berhenti makan sekejap, adalah lebih kurang 1 jam. jarak dari j.b nak ke sedenak dengan menaiki lori adalah 45 minit. pada pukul 2345 malam aku pun bertolaklah untuk meneruskan perjalanan aku nak ke penang setibanya aku di kawasan bakri terdapat banyak kawasan perkuburan bermula dengan kawasan perkuburan cina, kristian dan akhir sekali islam. kalau korang pertama kali lalu dikawasan ni conform korang pecut sampai tak ingat dunia nyer. tapi kawasan ni ada selekoh merbahaya orang yang biasa lalu jer yang berani. setiba nya aku dikawasan itu aku teringat pesan atuk dan tok wan aku dan ada ceramah ugama yang aku dengar mengatakan kena beri salam pada ahli kubur. aku pun beri salam, selepas jer aku beri salam tak sampai 5 saat aku terhidu sejenis bauan yang sangat wangi yang memikat kalbu. bau nya tidak lah terlampau garang mahupun lembut. selepas aku terhidu bauan itu baru aku teringat aku sedang melalui kawasan perkuburan lantas meremang la bulu roma aku. aku tekan minyak sampai tak ingat dunia.
selapas jauh aku bergerak baru aku teringat bauan yang aku hidu sebentar tadi bauan apa. jadi aku jumpa ramai orang dan mula bertanya, berbagai jawapan yang aku terima. ada yang kata kapur barus la dan berbagai lagi. sehingga la hari ini sudah 3 tahun berlalu, lalu aku menjumpainya di pasar pagi di berhampiran rumah aku. aku terkejut apabila ada seorang penjual mencalitkan sedikit di tangan aku. rupa rupanya haruman yang aku terhidu 3 tahun dahulu adalah haruan kasturi.

Monday, December 6, 2010

Pekan MUAR

boleh di katakan hari hari sibuk dengan lalu lintas kecuali malam antara pukul 11 malam hingga 5 pagi.

Wednesday, December 1, 2010

airport changi

Baru baru ni kena pi airport changi. Peraturan nak masuk punya la ketat. Kena ada surat masuk, kalau tidak tak boleh masuk. Nak keluar pulak kena scan dulu pastu kena declair plak (declair tu biasa la). Pastu kena pi mandai estate plak ambik custam form untuk malaysia. Pendek kata 3/4 pulau tu dah aku pusing. tapi terkejut jugak aku pasal bangunan 3 tingkat dijadikan stor.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Tuesday, October 12, 2010

komen saya di metro

takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa.
ajal maut ditangan tuhan tiada sesiapa yang lebih berkuasa dari yang maha esa. kecuaian manusia tidak dapat dielakkan tetapi menegakkan undang undang tanpa usul periksa itu selalu akan jadi masalah. yang pentingnya sikap kerajaan untuk lebih mengetahui masalah pemandu itu penting. bukan hanya tahu tuduhan melulu tanpa berbingcang apakah masalah yang selalu dihadapi. kita sepatutnya menyelesaikan masalah bukannya membuat masalah dan pengalaman membawa erti pengajaran bukan nya masih membuat kesalahan yang serupa.
cadangan saya, supaya kenderaan pengangkutan awam dan bas ekspress dihadkan masa beroperasi dari 24 jam hingga ke 16jam. masa beroperasi dari pukul 6pagi sehingga 12tengah malam. seandainya berdegil pihak kerajaan hendaklah menyita kenderaan tersebut. kesimpulannya pemandu tidak akan letih. bagi pihak kerajaan pulak hendaklah dikaji selidik pula elaun atau gaji pemandu agar ianya tidak membebankan pemandu. bagi pemandu lori pula ianya boleh beroperasi 24jam kerana ekonomi sesebuah negara terletak pada sektor pengangkutan. sektor pengangkutan adalah penggerak utama ekonomi negara, andainya tiada penghantaran mana munggkin kita dapat beli beras di kedai.
fikir fikirkan sejenak.

Saturday, September 25, 2010

que up

kalau que macam nie lah. Nak makan pun sempat lagi. cuma tak sempat buang air jer..

Friday, September 24, 2010

asam pedas


Yang paling seronok jadi driver ni, dapat makan di banyak tempat. kalau singgah melaka kena pekena asam pedas melaka dulu. rugi kalau tak makan. best tau... terliur....

bas henti henti dua tingkat


dulu di penang pun ada tapi tinggal sejarah jer. di singapura masih ada lagi. syoknya......

check point singapore


nsib baik tak banyak lori,bas ataupun kereta kalau tidak 2 jam la kena jadi penunggu. Marah pulak la penunggu pasal buat part-time kerja dia. ekekekiiii.... wakakaka.....

perjalanan pemandu lori sebelum masuk singapore

sebelum masuk singapore saya kena buat pengesahan kastam (custom declaration) samada barangan bercukai ataupun tidak. Jadi kena jadi penunggu la pulak. lama jugak kena tunggu pasal ada 13 sets dokumen, mengambil masa 2 jam.